Rabu, 14 Ogos 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman pada 10-12 Januari 2024

“Program Induksi Pesuruhjaya Kehakiman” telah diadakan pada 10-12 Januari 2024 (Rabu-Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta akan skop dan bidang-bidang tugas serta amalan-amalan terbaik (best practices) yang mesti diikuti semasa menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Seramai 16 orang calon yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini iaitu YA Tuan Mohamad Haldar bin Abdul Aziz, YA Dato’ Faridz Gohim bin Abdullah, YA Puan Indra Nehru a/p Savandiah, YA Puan Roszianayati binti Ahmad, YA Tuan Yusrin Faidz bin Yusoff, YA Tuan Moses Susayan, YA Dato’ Raja Rozela binti Raja Toran, YA Puan Arziah binti Mohamed Apandi, YA Dato’ Hazizah binti Kassim, YA Tuan Kan Weng Hin, YA Tuan Mohd Rosli bin Yusoff, YA Tuan Gan Techiong, YA Puan Suriyati Hasimah binti Mohd Hashim, YA Puan Maslinda @ Linda binti Mohd Ainal, YA Tuan Saiful Azian bin Mokhtar dan YA Dr. Hazlina binti Hussain.

Kursus ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan diikuti oleh taklimat kursus yang disampaikan oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Latihan, Akademi Kehakiman. Kursus selama tiga hari ini telah dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Sebanyak 14 ceramah telah disampaikan oleh hakim-hakim kanan iaitu “Session with Chief Judge of Malaya”, “Judge Craft”, “Recusal”, “Case Management”, “Session with Chief Judge of Sabah and Sarawak”, “Interlocutory Applications and Special Procedures”, “Judges’ Code of Ethics”, “Conducting Appeals”, “Family Law”, “Judicial Review”, “Mediation”, “How to Conduct Virtual Hearings (Full Trial and Interlocutory Applications)”, “Judgment Writing” dan “Criminal Trials and Applications”. Manakala ceramah yang bertajuk “Salaries, Allowances and Benefits of Judges” telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Pengarah of Bahagian Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 07 Ogos 2024.

Kod QR

QR code laman SesawangKini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

 
 

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN


Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 121 | Semalam 2039 | Mingguan 6784 | Bulanan 31369 | Semua 4599951

Dasar Privasi

MYHRMIS MOBILE