Jumaat, 29 Mac 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

Akademi Kehakiman Malaysia

  • ‘How to Read Statute’ 19 Mac 2016

    Akademi Kehakiman telah menganjurkan kursus ‘How to Read Statute’ pada 19 Mac 2016 di Putrajaya. Kursus kali ini merupakan siri kedua yang diadakan di mana siri pertama telah diadakan semasa ‘Induction Programme for Judicial Commissioners (Series 2/2015)’ pada 15 - 22 Desember 2015.

    Seramai 20 orang Pesuruhjaya Kehakiman dari seluruh negara telah menghadiri kursus ini. Ia dilaksanakan dalam bentuk ceramah yang disampaikan oleh YA Datuk Zaharah binti Ibrahim, Hakim Mahkamah Persekutuan dan disusuli dengan soal-jawab.

    Bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa kursus ini adalah Perlembagaan Persekutuan, Arbitration Act 2005 [Act 646], Consular Relations (Vienna Convention) Act 1999 [Act 595], Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388] dan Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 [Act 283].

  • "Appellate Judging And Appellate Intervention" 24 Februari 2018

    Seminar “Appelatte Judging and Appellate Intervention” telah diadakan pada 24 Februari 2018 (Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif seminar ini adalah untuk menyediakan memberikan peluang kepada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dengan peluang untuk mengkaji semula dan mengembangkan ilmu serta kemahiran mereka. Selain itu, mereka berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan YAA Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta rakain-rakan hakim yang lain mengenai isu-isu kepentingan bersama.

    Ceramah sesi pertama di dalam seminar ini telah disampaikan oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara yang bertajuk “Appellate Judging”. Manakala ceramah di sesi kedua telah disampaikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Hakim Mahkamah Rayuan yang bertajuk “Appellate Intervention”. Sesi perbincangan yang interaktif telah diadakan selepas itu di antara peserta-peserta dan penceramah/ fasilitator yang terdiri daripada YAA Ketua Hakim Negara; YAA Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya; dan YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang kesemuanya terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.

  • A Lecture Entitled “Eastminster - Constitution - Making In Malaysia And Commonwealth Asia Following Independence”

    A lecture entitled “Eastminster - Constitution - Making in Malaysia and Commonwealth Asia Following Independence” was held on 11 November 2017 (Saturday) at the Conference Hall, Palace of Justice, Putrajaya. The lecture was delivered by Dr. Harshan Kumarasingham, a historian, politic and constitutional expert. He is a Lecturer in British politics at the University of Edinburgh and Senior Research Fellow at the Institute of Commonwealth Studies, University of London. This talk broadly examined the history of constitution making in Malaysia following independence. The speaker also explored the comparison between the concept of Eastminster and Westminister in the constitution making and its consequences to all of Asia.

    A total of 70 participants comprising 8 Federal Court Judges, 20 Court of Appeal Judges, 27 High Court Judges, 12 Judicial Commissioners and 2 Judicial Officers attended the lecture. The Right Honourable Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Chief Judge of the High Court in Malaya and The Honourable Tan Sri Azahar bin Mohamed, Federal Court Judge as the Chairman of the Training Committee of the Judicial Academy were also present. The implementation of this program received positive feedback from all participants.

  • Adjudication Of Habeas Corpus Cases And Amendment To Dangerous Drugs Act 1952 18 Ogos 2018

    Kursus“Adjudication of Habeas Corpus Cases and Amendment to Dangerous Drugs Act 1952” telah diadakan pada 18 Ogos 2018 (Sabtu) di Conference Hall, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman yang menyeluruh peserta-peserta mengenai undang-undang Habeas Corpus.

    Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 19 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 13 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; dan YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi bin Salleh, Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Sesi 1 kursus ini telah dimulakan dengan ceramah oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop bertajuk “Amendment to Dangerous Drugs Act 1952” diikuti dengan sesi soaljawab. Ceramah kedua disampaikan oleh YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi bin Salleh bertajuk “Adjucating Habeas Corpus Cases”. Sesi seterusnya adalah Sesi 2 yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada tujuh  kumpulan dengan keahlian seramai empat atau lima ahli setiap kumpulan dan setiap kumpulan diberikan dua kajian kes untuk tujuan perbincangan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing dalam Sesi 3 yang berlangsung pada sebelah petangnya. Secara keseluruhannya, kursus ini mendapat maklum balas yang amat baik daripada kalangan peserta.

  • Admissibility of Evidence in a Civil Trial, 21-22 April 2012

    Kursus “Admissibility of Evidence in a Civil Trial” telah diadakan di Banglo Transit, Presint 10, Putrajaya pada 21-22 April 2012 (Sabtu dan Ahad).

    Kursus ini telah dikendalikan oleh 5 orang fasilitator iaitu YA Dato’ Jeffrey Tan Kok Wha, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Ramly b. Haji Ali,  Hakim Mahkamah Rayuan; YA Puan Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Tinggi; YA Dato’ Mohamad Ariff b. Md. Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi dan YA Tuan Mah Weng Kwai, Hakim Mahkamah Tinggi. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 3 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Mereka yang hadir adalah seperti berikut:

    Bil Nama
    Tempat Bertugas
    1. YA Dato’ Mohamad Zabidin b. Mohd Diah Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    2. YA Dato’ Rosnaini bt. Saub Hakim Mahkamah Tinggi, Seremban
    3. YA Dato’ Ahmadi b. Haji Asnawi Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    4. YA Datuk Yaacob b. Haji Md. Sam Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam
    5. YA Dato’ Hue Siew Kheng Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    6. YA Datin Yeoh Wee Siam Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    7. YA Datuk Hasnah bt. Dato’ Haji Mohammed Hashim Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur
    8. YA Tuan Ravinthran a/l N. Paramuguru Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching
    9. YA Puan Choong Siew Khim Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh
    10. YA Dato’ Asmabi bt. Mohamad Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Di sesi pertama, sebanyak 11 tajuk perbincangan telah dibentangkan iaitu oleh YA Tuan Mah Weng Kwai selaku fasilitator dan 10 peserta kursus, kemudian diikuti dengan perbincangan. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut adalah:

    (i) Conduct of a Civil Trial - Bundling of Documents -oleh: YA Tuan Mah Weng Kwai
    (ii)
    Oral Evidence - oleh: YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah
    (iii) Documentary Evidence - oleh: YA Dato’ Rosnaini binti Saub
    (iv) Hearsay Evidence - oleh: YA Dato’ Ahmadi bin Haji Asnawi
    (v) Opinion Evidence -oleh: YA Datuk Yaacob bin Haji Md. Sam
    (vi) Expert Evidence -oleh: YA Dato’ Hue Siew Kheng
    (vii) Electronic Evidence -oleh: YA Datuk Hasnah binti Dato’ Haji Mohammed Hashim
    (viii) Presumptions -oleh: YA Tuan Ravinthran a/l N. Paramuguru
    (ix) Evidence in the Family Court -oleh: YA Datin Yeoh Wee Siam
    (x) Compellability of Witness -oleh: YA Puan Choong Siew Khim
    (xi) Witness Statements -oleh: YA Dato’ Asmabi binti Mohamad

    Pada sesi kedua, peserta di bahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang terdiri daripada 3-4 orang peserta untuk membincangkan kajian kes yang ditetapkan dan di sesi ketiga, ketiga-tiga kumpulan yang sama telah diberi kajian kes yang baru dan kemudian menulis Evidential Ruling berdasarkan kajian kes yang diberikan itu.

  • Akademi Kehakiman Malaysia

    Akademi Kehakiman telah ditubuhkan pada 16 Disember 2011 melalui keputusan Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bilangan 12 Tahun 2011. Jawatankuasa Akademi Kehakiman dianggotai oleh Ketua Hakim Negara selaku Pengerusi, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta hakim-hakim yang dipilih dari kalangan Hakim Mahkamah Atasan.

    Objektif Akademi Kehakiman adalah memastikan latihan bagi Hakim-hakim Mahkamah Atasan dilaksana dengan lebih terancang mengikut modul-modul yang dikenalpasti dan dilulus oleh Jawatankuasa ini. Akademi ini juga memainkan peranan sebagai pemantau keberkesanan dan pemangkin kecemerlangan berterusan institusi Kehakiman melalui penulisan ilmiah perundangan dan kehakiman.

    Di bawah Akademi Kehakiman terdapat dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penerbitan. Jawatankuasa Latihan bertanggungjawab mengenalpasti bidang-bidang untuk latihan, menetapkan modul latihan yang bersesuaian (Seminar, Kursus dan Bengkel), mengenalpasti fasilitator dan peserta dan menyediakan bahan-bahan kajian kes. Jawatan Kuasa Penerbitan bertanggunjawab mengenalpasti bidang- bidang untuk penulisan artikel bagi "Journal of the Malaysian Judiciary (JMJ)", mengenalpasti hakim-hakim untuk penulisan artikel JMJ, menyemak dan membaca pruf artikel-artikel untuk diterbitkan, dan menyelia penerbitan JMJ dalam menerbitkan "Journal of Malaysian Judiciary (JMJ)" bermula dari tahun 2016.

    Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah diberi tanggungjawab sebagai urusetia kepada Akademi Kehakiman.

  • Appeal and Sentencing, 22-23 April 2016

    Akademi Kehakiman telah menganjurkan kursus ‘Appeal and Sentencing’  pada 22 dan 23 April 2016 di Putrajaya. Kursus ini merupakan kursus keempat yang dianjurkan oleh akademi ini pada tahun 2016 selepas penganjuran kursus ‘Judge Craft and Judgment Writing’  pada 19 hingga 21 Januari 2016, ‘How to Read Statute’ pada 19 Mac 2016 dan ‘Case Management in Civil Cases’ pada 26 dan 27 Mac 2016.

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan lima orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif (Presiden Mahkamah Rayuan), YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop (Hakim Mahkamah Persekutuan) YA Dato’ Wira Aziah binti Ali (Hakim Mahkamah Persekutuan) dan YA Tan Sri Idrus bin Harun (Hakim Mahkamah Rayuan).

    Kursus ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembentangan tugasan individu oleh dua orang hakim yang telah dipilih dan kajian kes. Peserta kursus telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melaksanakan aktiviti kajian kes dalam kursus ini.

    Pembentangan tugasan individu dilakukan oleh YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah dan YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya berdasarkan permasalahan berikut:

    “It is an established principles that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances. And the mere fact that another court might pass a different sentence provides no reason for the appellate court to interfere if the court below applies the correct principles in the assessment of the sentence”.

      (i) Discuss the above, with specific reference to cases, with regard the object of punishment.
    [Oleh: YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah]
         
      (ii) 
    Discuss the circumstances, with special reference to   cases, when an appellate court can interfere with finding of facts by the trial court both criminal and civil.
    [Oleh: YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya]

    Sesi perbincangan telah diadakan selepas setiap pembentangan oleh kedua-dua hakim tersebut.

    Kajian kes pula dijalankan mengikut kumpulan melalui penelitian rekod rayuan daripada mahkamah rendah kepada mahkamah tinggi. Berdasarkan kepada rekod rayuan yang berbeza di antara kumpulan-kumpulan tersebut, para peserta dikehendaki membuat keputusan dan menyediakan alasan penghakiman dalam sesi pembentangan.

    Kursus yang berlangsung selama satu setengah hari ini telah berjaya dilaksanakan dan menerima penilaian yang sangat baik di kalangan peserta.

     

  • Appellate Intervention and Revision, 6 & 7 Julai 2013

    Kursus “Appellate Intervention and Revision” merupakan kursus kelima diadakan di bawah Akademi Kehakiman selepas kursus-kursus “Company Law” pada 23 & 24 Februari 2013, “The Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012: The Role of the Court” pada 15 & 16 Mac 2013, “How To Deal With Cases Under 39B of The Dangerous Drugs Act 1952” pada 20 & 21 April 2013 dan “Islamic Finance Workshop Series for Judges: Managing Islamic Banking Cases” pada 28 & 29 Jun 2013.

    Seramai 14 peserta telah menghadiri kursus ini. Ia terdiri daripada 11 Hakim Mahkamah Tinggi, 3 Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Md. Raus bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan dan YA Datuk Zaharah binti Ibrahim, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 6 sesi. Di setiap sesi, setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 peserta akan membentangkan tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator, Masa pembentangan dan perbincangan setiap sesi adalah selama 1- 2 jam. Tajuk-tajuk bagi setiap Modul dan kumpulan adalah seperti berikut :

    Sesi I (Kumpulan 1)
    Modul 1 : Appellate Intervention on Judicial Review
    Sesi II (Kumpulan 2)
    Modul 2 : Appellate Intervention on Sentencing 
    Presenter
    YA Dato' Haji Abdul Halim bin Aman

    Ahli
    YA Puan Amelia Tee Hong Geok binti Abdullah
    YA Dato’ Mohd. Zaki bin Abdul Wahab
    YA Tuan Samsudin bin Hassan
    Pembentang
    YA Dato’ Mohd. Zaki bin Md. Yasin

    Ahli
    YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim
    YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli
    YA Tuan Teo Say Eng

       
    Sesi III (Kumpulan 2) 
    Modul 3 : Appellate Intervention on Finding of Facts
    Sesi IV (Kumpulan 4) 
    Module 4 : Appellate Intervention in Running Down Cases
    Pembentang
    YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak

    Ahli
    YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya
    YA Dato’ Ahmadi bin Haji Asnawi
    YA Dato’ Zamani bin A. Rahim

    Pembentang
    YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim

    Ahli
    YA Dato’ Mohd. Sofian bin Tan Sri Abd. Razak
    YA Dato’ Ahmadi bin Haji Asnawi
    YA Tuan Teo Say Eng

       
    Sesi V (Kumpulan 5)
    Modul 5 : Revisionary Powers of a High Court Judge
    Sesi VI (Kumpulan 6)
    Modul 6 : Limits to Appellate Criticism
    Pembentang
    YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah

    Ahli
    YA Dato’ Haji Abdul Halim bin Aman
    YA Dato’ Mohd. Zaki bin Md. Yasin
    YA Tuan Samsudin bin Hassan

    Pembentang
    YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya

    Ahli
    YA Puan Amelia Tee Hong Geok binti Abdullah
    YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz
    YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli

    Di akhir kursus fasilitator telah membuat rumusan mengenai kursus ini.

  • Appellate Judgment Writing 21 Mac 2019

    Kursus “Appellate Judgment Writing” telah diadakan pada 21 Mac 2019 (Khamis) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran penulisan penghakiman rayuan di kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan di Malaysia. Program separuh hari ini terbahagi kepada 2 sesi. Sesi pertama ialah ceramah bertajuk “Civil Appeal Judgment” yang disampaikan oleh YA Justice Judith Prakash, Hakim Mahkamah Rayuan Singapura; dan YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sesi kedua yang bertajuk “Criminal Appeal Judgment” telah disampaikan oleh YA Justice Chao Hick Tin, Hakim Kanan di Mahkamah Rayuan Singapura; dan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sesi Soal Jawab juga telah diadakan selepas kedua-dua ceramah tersebut berakhir.

    Seramai 16 orang peserta yang kesemuanya terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan telah menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; dan YAA Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

  • Bengkel Kehakiman mengenai Undang-Undang dan Amalan Harta Intelek: Isu-Isu yang Muncul mengenai Undang-Undang Tanda Dagangan, 26 Oktober 2023

    “Bengkel Kehakiman mengenai Undang-Undang dan Amalan Harta Intelek: Isu-Isu yang Muncul mengenai Undang-Undang Tanda Dagangan” telah diadakan pada 26 Oktober 2023 (Khamis) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberikan peserta-peserta pemahaman yang menyeluruh mengenai isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang tanda dagangan. Program ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu sebahagian peserta telah hadir secara fizikal manakala kebanyakan peserta yang lain telah hadir secara atas talian. Program ini dianjurkan secara kerjasama antara Akademi Kehakiman Malaysia dan Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa (INTA).

    Program selama satu hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia. Program kemudian diteruskan dengan sesi pertama yang telah dikendalikan oleh YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan, Hakim Mahkamah Rayuan sebagai moderator untuk ceramah “Emerging Technologies and IP: AI, NFTs, Block Chain and its Relevance for an Impact on IPR” yang telah disampaikan oleh Dr. Stanley Lai daripada SC: Allen & Gledhill; dan Encik Bahari Yeow daripada RDS Law Partners. Sesi kedua telah diteruskan dengan ceramah “Bad Faith in Trademark Cases: Prosecution, Judicial Proceedings, Online Implications: INTA’s Board Resolution” yang telah disampaikan oleh Cik Iris Gunther, Pengarah Penguatkuasaan Jenama dan Kemampanan, INTA; dan Encik Nick Redfearn, Pengetua, Ketua Global Penguatkuasaan, Rouse-Jakarta. YA Tuan Azlan bin Sulaiman, Pesuruhjaya Kehakiman telah mengendalikan sesi ketiga sebagai moderator untuk ceramah “Case Discussion Bad Faith: Triple D Trading Pte. Ltd. v. Fanco Fan Marketing Pte. Ltd.” yang telah disampaikan oleh YA Justice Dedar Singh Gill, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung Singapura. Sesi keempat pula telah dikendalikan oleh moderator YA Dato’ Dr. Choo Kah Sing, Hakim Mahkamah Rayuan bagi ceramah “IP Enforcement – Dynamic Blocking Injuctions – Process, Requirements, Case Examples” yang disampaikan oleh Dr. Nicolas Schmitz, Gruneker, Firma Guaman Munich, Germany; dan YA Justice Manmohan, Hakim Mahkamah Tinggi Delhi. Manakala sesi kelima yang terakhir dengan ceramah “Bad Faith International Comparison (Sky v. SkyKick)” telah disampaikan oleh YA Lord Justice Richard Arnold, Hakim Mahkamah Rayuan England dan Wales dengan YA Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali, Hakim Mahkamah Rayuan berperanan sebagai moderator.

     

  • Case Management in Civil Cases, 12-13 Mei 2017

    Kursus ‘Case Management in Civil Cases’ telah diadakan pada 12-13 Mei 2017 di Istana Kehakiman, Putrajaya. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kes di kalangan peserta kursus.

    Fasilitator-fasilitator kursus adalah terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Ketua Hakim Negara dan YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya.

    Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 17 orang Pesuruhjaya Kehakiman.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan sesi pembentangan hasil kerja kumpulan mengenai tajuk-tajuk yang telah ditentukan oleh fasilitator. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli dan 45 minit diperuntukkan bagi setiap kumpulan untuk pembentangan dan perbincangan.  Sesi kedua pula adalah kajian kes di mana setiap kumpulan diberikan dua kes untuk dibincangkan dan pembentangan diadakan di akhir sesi.

  • Case Management in Civil Cases, 26-27 Mac 2016

    Akademi Kehakiman telah menganjurkan kursus  ’Case Management in Civil Cases’  pada 26-27 Mac 2016 di Putrajaya. Kursus ini merupakan kursus ketiga yang dianjurkan oleh Akademi Kehakiman dalam tahun 2016 selepas kursus ‘Judge Craft and Judgment Writing’  pada 19-21 Januari 2016 dan kursus ‘How to Read Statute’ pada 19 Mac 2016.

    Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 3 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 13 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Tuan Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan.

     Tajuk-tajuk perbincangan adalah seperti berikut:

    (i)    "Rules of Court 2012, Case Management and Court – Annexed Mediation";

    (ii)    "Effective Case Management for Writ / Originating Summons and Interlocutory Applications";

    (iii)    "Effective Case Management for Family Cases, Land Reference and Case under Companies Act 1965"; dan

    (iv)    "Effective Case Management for Appeals, Judicial Review and Contencious Probate Proceedings".

    Perbincangan telah dijalankan mengikut kumpulan dan disusuli dengan perbincangan secara interaktif dan terbuka.

    Kajian kes telah dijalankan oleh peserta mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan masalah yang diberikan dan membentangkan  hasil kajian tersebut dan seterusnya dibincangkan.

  • Companies Act 2016: Transforming the Corporate Landscape, 22 Julai 2017

    Kursus “Companies Act 2016: Transforming the Corporate Landscape” telah diadakan pada 22 Julai 2017 (Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh kepada para hakim mengenai pembaharuan undang-undang utama dalam mengawal undang-undang korporat di Malaysia.

    Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, 23 orang Hakim Mahkamah Rayuan, 44 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 16 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah mengikuti kursus ini. Kursus ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Pengerusi Akademi Kehakiman.

    Ceramah di Sesi Pertama kursus ini telah disampaikan oleh Puan Nor Azimah binti Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif (Pengawalan dan Penguatkuasaan), Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang bertajuk “An Overview of the New Companies Act 2016 [Act 777]”. Pada Sesi Kedua, beliau dan Encik Lee Shih dari SKRINE telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Strengthening the Corporate Governance: Impact on Directors and Shareholders”. Pada Sesi Ketiga seminar ini, Encik Lee Shih telah menyampaikan ceramah bertajuk “Reforming the Insolvency Law”.

  • Company Law, 23-24 Februari 2013

    Kursus “Company Law” merupakan kursus yang pertama diadakan di bawah Akademi Kehakiman bagi tahun 2013. Ia telah diadakan pada 23-24 Februari 2013 di Putrajaya. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada 7 Hakim Mahkamah Tinggi dan 8 Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini.

    Kursus ini telah dikendalikan oleh 3 orang hakim fasilitator yang berpengalaman luas dalam bidang Company Law iaitu YA Dato’ Hishamudin b. Md. Yunus, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Mohamad Ariff b. Md. Yusof, Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Puan Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama fasilitator-fasilitator telah membentangkan kertas pengenalan kepada Company Law yang terdapat di United Kingdom dan di Malaysia. Ia kemudian diikuti dengan Bahagian Kedua iaitu pembentangan kertas kerja oleh peserta-peserta mengikut tajuk-tajuk yang telah diberikan terlebih awal oleh fasilitator sebelum mereka datang menghadiri kursus. Setiap pembentangan disusuli dengan perbincangan. Sebanyak 15 tajuk kertas perbincangan telah dibentangkan dalam kursus ini. 

     

  • Criminal Law: Evidence And Procedure 21st -22nd September 2018

    Kursus “Criminal Law: Evidence and Procedure” telah diadakan pada 21-22 September 2018 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman yang menyeluruh para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman mengenai aspek tertentu undang-undang pembuktian dan prosedur jenayah.

    Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 16 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 7 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; dan YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta yang terdiri daripada 11 orang Hakim dan 1 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Sesi seterusnya adalah Sesi 2 pada hari kedua yang merupakan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian seramai lima atau enam orang setiap kumpulan dan setiap kumpulan diberikan empat kajian kes untuk tujuan perbincangan. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing dalam Sesi 3 yang diadakan pada sebelah petangnya. Secara amnya, kursus ini mendapat maklum balas yang amat baik daripada kalangan peserta.

  • Criminal Law: Evidence and Procedure 22-23 Oktober 2016

    Akademi Kehakiman telah menganjurkan kursus ‘Criminal Law: Evidence and Procedure’ pada 22-23 Oktober 2016 di Putrajaya. Kursus ini merupakan kursus baharu yang pertama kali dianjurkan oleh Akademi Kehakiman.

     Seramai 15 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 12 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Hakim-hakim kanan selaku fasilitator-fasilitator kursus ini ialah YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan serta YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan.

     Kursus ini telah dibahagikan kepada dua sesi. Di sesi pertama, 12 peserta membentang tajuk-tajuk perbincangan sebagaimana ditentukan oleh fasilitator-fasilitator terlebih awal yang berkaitan dengan kes-kes jenayah yang melibatkan peruntukan di dalam Akta Keterangan 1950 (Akta 56), Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).

     Di sesi kedua pula, peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan bengkel. Setiap kumpulan telah diberikan empat tugasan yang sama. Peserta dikehendaki menyediakan hasil tugasan tersebut untuk dibentang dan dibincangkan.

  • Criminal Law: Evidence and Procedure 5-6 Julai 2019

    Kursus “Criminal Law: Evidence and Procedure” telah diadakan pada 5-6 Julai 2019 (Jumaat-Sabtu) di Zenith Hotel, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan para Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman dengan pemahaman menyeluruh aspek tertentu berkaitan bukti dan prosedur jenayah.

    Seramai 19 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 6 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 13 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Barisan fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Dato’ Sri Ahmad bin Haji Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan; YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman; dan YA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli; Hakim Mahkamah Rayuan. Kursus ini juga telah dihadiri oleh YAA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

    Pelaksanaan kursus ini telah dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi 1 kursus pada hari pertama telah dimulakan dengan pembentangan dan perbincangan pelbagai tugasan topik berkaitan kursus ini yang disampaikan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 4 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kemudian Sesi 2 telah diteruskan dengan perbincangan kumpulan bagi tugasan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian seramai lima atau enam orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan dengan dua kajian kes untuk tujuan perbincangan dan diminta untuk membentangkan dapatan hasil perbincangan masing-masing pada Sesi 3 yang telah diadakan pada hari kedua. Perbincangan antara para peserta dan barisan fasilitator susulan daripada hasil pembentangan tersebut telah dilakukan bagi memberikan kefahaman yang menyeluruh. Kursus ini telah menerima maklum balas yang baik daripada para peserta dan juga fasilitator.

  • Criminal Law: Evidence and Procedure, 22-23 September 2017

    Kursus “Criminal Law: Evidence and Procedure” telah diadakan pada 22-23 September 2017 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman dengan kefahaman yang menyeluruh berkenaan aspek-aspek yang melibatkan keterangan dan tatacara prosedur jenayah di dalam Kanun Acara Jenayah.

    Kursus ini telah disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada 14 orang Hakim dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator-fasilitator kursus terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Akademi Kehakiman dan YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan sesi pembentangan individu oleh 10 orang Hakim dan 4 orang Pesuruhjaya Kehakiman mengenai pelbagai topik berkaitan “Criminal Law: Evidence and Procedure” dengan setiap pembentang diberi masa selama 10 minit, diikuti dengan 15 minit perbincangan. Manakala pada sesi kedua, peserta kursus telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan dua kajian kes dan seterusnya diminta membentangkan hasil kajian kes tersebut di akhir sesi dengan setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit untuk pembentangan. Diskusi interaktif dan sesi soal jawab kelolaan para fasilitator kursus telah dilaksanakan di akhir setiap sesi bagi membolehkan para peserta mendapatkan pemahaman mendalaman mengenai topik dan kajian kes yang telah dibentangkan.

  • Criminal Law: Evidence and Procedure” 22-23 September 2017

    Kursus “Criminal Law: Evidence and Procedure” telah diadakan pada 22-23 September 2017 (Jumaat-Sabtu) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan para Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman dengan kefahaman yang menyeluruh berkenaan aspek-aspek yang melibatkan keterangan dan tatacara prosedur jenayah di dalam Kanun Acara Jenayah.

    Kursus ini telah disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada 14 orang Hakim dan 9 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator-fasilitator kursus terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Akademi Kehakiman dan YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan sesi pembentangan individu oleh 10 orang Hakim dan 4 orang Pesuruhjaya Kehakiman mengenai pelbagai topik berkaitan “Criminal Law: Evidence and Procedure” dengan setiap pembentang diberi masa selama 10 minit, diikuti dengan 15 minit perbincangan. Manakala pada sesi kedua, peserta kursus telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan dua kajian kes dan seterusnya diminta membentangkan hasil kajian kes tersebut di akhir sesi dengan setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit untuk pembentangan. Diskusi interaktif dan sesi soal jawab kelolaan para fasilitator kursus telah dilaksanakan di akhir setiap sesi bagi membolehkan para peserta mendapatkan pemahaman mendalaman mengenai topik dan kajian kes yang telah dibentangkan.

  • Damages Part II - Tort, 6-7 Oktober 2017

    Kursus “Damages Part II - Tort” telah diadakan pada 6-7 Oktober 2017 (Jumaat-Sabtu) di Banquet Hall, Istana Kehakiman, Putrajaya. Kursus ini adalah kursus “Damages” kedua yang telah diadakan pada tahun ini selepas kursus bahagian pertama diadakan pada 7-8 April 2017. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan hakim-hakim mahkamah atasan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menilai ganti rugi kes-kes berkaitan tort dan alasan penghakiman.

    Kursus ini telah disertai oleh seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang Hakim dan 8 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Fasilitator-fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah dan Sarawak; YA Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan. YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Presiden Mahkamah Rayuan; dan YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi Akademi Kehakiman turut menghadiri kursus ini.

    Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama merupakan sesi pembentangan individu oleh 6 orang Hakim dan 4 orang Pesuruhjaya Kehakiman mengenai pelbagai topik berkaitan dengan setiap pembentang diberi masa selama 15 minit. Manakala pada sesi kedua, peserta kursus telah dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan satu kajian kes dan seterusnya diminta membentangkan hasil kajian kes tersebut di akhir sesi. Sesi soal jawab dan diskusi interaktif kelolaan para fasilitator kursus telah dilaksanakan di akhir setiap sesi bagi membolehkan para peserta mendapatkan pemahaman mendalam mengenai topik dan kajian kes yang telah dibentangkan.

Hak Cipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Jumaat 29 Mac 2024.

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN,
Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 1256 | Semalam 1268 | Mingguan 5575 | Bulanan 29369 | Semua 4354923