Program ini diadakan bertujuan untuk melihat perkembangan pelaksanaan proses mediasi di beberapa buah negeri terpilih iaitu Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur. Ia juga bertujuan untuk melihat halangan-halangan yang dihadapi oleh mahkamah dan perancangan masa hadapan bagi menjadikan mediasi sebagai satu alternatif penyelesaian pertelingkahan (Alternative Dispute Resolution - ADR).
Program ini merupakan program anjuran Pejabat Setiausaha, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh 19 peserta yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar. Program ini dipengerusikan oleh YA Dato' Mah Weng Kwai, Hakim Mahkamah Rayuan, manakala fasilitator jemputan adalah Judge John Clifford Wallace, Senior Judge of the Ninth Circuit, United State of America.