Selasa, 16 Julai 2024
A
A
A
A-
Font
A+
logo
 
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman
Fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Perjawatan dan Pengisian Hakim Mahkamah Atasan
Sistem Permohonan Pesurujaya kehakiman (eJC) 

Akademi Kehakiman

Akademi Kehakiman

2009

2008

2007

“Bengkel Kehakiman mengenai Undang-Undang dan Amalan Harta Intelek: Isu-Isu yang Muncul mengenai Undang-Undang Tanda Dagangan” telah diadakan pada 26 Oktober 2023 (Khamis) di Dewan Bankuet, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif program ini adalah untuk memberikan peserta-peserta pemahaman yang menyeluruh mengenai isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang tanda dagangan. Program ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu sebahagian peserta telah hadir secara fizikal manakala kebanyakan peserta yang lain telah hadir secara atas talian. Program ini dianjurkan secara kerjasama antara Akademi Kehakiman Malaysia dan Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa (INTA).

Program selama satu hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia. Program kemudian diteruskan dengan sesi pertama yang telah dikendalikan oleh YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan, Hakim Mahkamah Rayuan sebagai moderator untuk ceramah “Emerging Technologies and IP: AI, NFTs, Block Chain and its Relevance for an Impact on IPR” yang telah disampaikan oleh Dr. Stanley Lai daripada SC: Allen & Gledhill; dan Encik Bahari Yeow daripada RDS Law Partners. Sesi kedua telah diteruskan dengan ceramah “Bad Faith in Trademark Cases: Prosecution, Judicial Proceedings, Online Implications: INTA’s Board Resolution” yang telah disampaikan oleh Cik Iris Gunther, Pengarah Penguatkuasaan Jenama dan Kemampanan, INTA; dan Encik Nick Redfearn, Pengetua, Ketua Global Penguatkuasaan, Rouse-Jakarta. YA Tuan Azlan bin Sulaiman, Pesuruhjaya Kehakiman telah mengendalikan sesi ketiga sebagai moderator untuk ceramah “Case Discussion Bad Faith: Triple D Trading Pte. Ltd. v. Fanco Fan Marketing Pte. Ltd.” yang telah disampaikan oleh YA Justice Dedar Singh Gill, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung Singapura. Sesi keempat pula telah dikendalikan oleh moderator YA Dato’ Dr. Choo Kah Sing, Hakim Mahkamah Rayuan bagi ceramah “IP Enforcement – Dynamic Blocking Injuctions – Process, Requirements, Case Examples” yang disampaikan oleh Dr. Nicolas Schmitz, Gruneker, Firma Guaman Munich, Germany; dan YA Justice Manmohan, Hakim Mahkamah Tinggi Delhi. Manakala sesi kelima yang terakhir dengan ceramah “Bad Faith International Comparison (Sky v. SkyKick)” telah disampaikan oleh YA Lord Justice Richard Arnold, Hakim Mahkamah Rayuan England dan Wales dengan YA Dato’ Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali, Hakim Mahkamah Rayuan berperanan sebagai moderator.

 

Kursus “Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952” telah diadakan pada 4 Ogos 2023 (Jumaat) di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan pemahaman komprehensif aspek material undang-undang mengenai Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Program ini merupakan program latihan keempat di bawah Akademi Kehakiman Malaysia pada tahun 2023. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada empat orang Hakim Mahkamah Rayuan, dan 26 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri program ini.

Program selama satu hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia. Program kemudian diteruskan dengan dua ceramah pada sesi pagi iaitu “Duty of Trial Judge at the End of the Case for the Prosecution and at the Conclusion of the Trial (Part 1)” yang disampaikan oleh YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan “Duty of Trial Judge at the End of the Case for the Prosecution and at the Conclusion of the Trial (Part 2)” yang disampaikan oleh YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Persekutuan. Manakala ceramah “Common Mistakes Made by a Trial Judge” disampaikan pada sesi petang oleh YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan; dan YA Dato’ Hashim bin Hamzah, Hakim Mahkamah Rayuan.

Kursus “Section 302 of the Penal Code 1/2023” telah diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 30 Mei 2023 (Selasa). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seramai 25 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 20 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan lima orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini turut dihadiri oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman, dan YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Anggota Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan, dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan.

Lima tajuk perbincangan telah dibentangkan dalam kursus ini iaitu “The Offence of Murder and The Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under The Penal Code – Concept and Elements of The Offences”, “Sections 34 and 149 of The Penal Code”, “Evidence of Forensic Pathologist”, “Witnesses”, dan “Corroboration”. Setiap pembentangan telah mengambil masa selama satu jam termasuk dengan masa perbincangan antara para peserta, dan fasilitator.

Kursus “Seksyen 302 Kanun Keseksaan 2/2023” telah diadakan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 8 September 2023 (Jumaat). Objektif kursus ini adalah ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seramai 29 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada lima orang Hakim Mahkamah Rayuan, 22 orang Hakim Mahkamah Tinggi, dan dua orang Pesuruhjaya Kehakiman. Kursus ini turut dihadiri oleh YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman; dan YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Anggota Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman. Fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan telah mengendalikan kursus ini iaitu YA Dato’ Nordin bin Hassan, YA Dato’ Abu Bakar bin Jais, dan YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil.

Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan keahlian tujuh atau lapan orang bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan telah dikehendaki melakukan perbincangan ke atas tajuk-tajuk khusus berkaitan kursus ini dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan tersebut. Tajuk-tajuk perbincangan tersebut ialah “The Offence of Murder and the Offence of Culpable Homicide Not Amounting to Murder Under the Penal Code – Concept and Elements of The Offences”, “Distinguishing Features and Application of Sections 34 and 149 of the Penal Code”, “The Defence of Insanity Under Section 84 of the Penal Code”, dan “Treatment of Expert and Corroborative Evidence”.

Kursus “Writing Better Judgments 1/2023” telah diadakan pada 9-11 Mac 2023 (Khamis-Sabtu) di The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan konsep utama 5C yang mensasarkan peningkatan kebolehan sebagai penulis alasan penghakiman yang jelas (clear), ringkas (concise), menyeluruh (comprehensive), koheren (coherent) dan meyakinkan (convincing).

Kursus selama tiga hari ini terbahagi kepada 11 sesi yang terdiri daripada sesi bekenaan “Why Good Judgments Matter?”, “Issues Based Approach to Judgment Writing: The Conceptual Framework”, “The First Page and Creating Headings”, “First Breakout Group Session: Individual Feedback Session and Exercise on Re-writing the First Page and Creating Headings”, “Challenges of Judgment Writing” / “The Structural Construct of an Issues Based Judgment”, “The Road to Judgment”, “Workshop on Practical Issue Identification”, “Second Breakout Group Session: Workshop – Review of the Re-written First Page and List of Headings”, “Issues Based Approach Judgment Writing in Criminal Cases (Section 39B of The Dangerous Drugs Act 1952)”, “Managing Procrastination and Competing Priorities” dan “Third Breakout Group Session: Workshop – Review of The Re-written Submitted Judgment”.

Setiap peserta diberi tugasan untuk menulis semula sampel alasan penghakiman berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah disarankan dalam kursus ini dan seterusnya mengemukakan alasan penghakiman berkenaan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan masing-masing. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada enam ahli bagi setiap kumpulan. Semua peserta setiap kumpulan telah dibimbing oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada enam orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 18 orang Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Barisan fasilitator kursus ini ialah YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Dato’ Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Pesekutuan; YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hanipah binti Farikullah, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Seri Kamaludin bin Md Said, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Has Zanah binti Mehat, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Ravinthran a/l N. Paramaguru, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Dato’ Gunalan a/l Muniandy, Hakim Mahkamah Rayuan.

PENGUMUMAN

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN SEMENTARA SELAMA 2 TAHUN   Pelantikan adalah...  

PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN (MAKLUMAT LANJUT)   MAKLUMAN PERMOHONAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN SECARA ATAS TALIAN >>> ejc.jac.gov.my...  

Journal of The Malaysian Judiciary   EDISI KHAS 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 EDISI...  

PAUTAN PANTAS

PROGRAM AKADEMI KEHAKIMAN

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

 

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 10 Julai 2024.

Kod QR

QR code laman SesawangKini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.

Hak Cipta Terpelihara | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi

 
 

Undian

Peta

Alamat

SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN


Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel      03 8880 3545 / 3546
Faks     03 8880 3549
E-mel  setiausaha[at]jac.gov.my

Hari Ini 2020 | Semalam 1913 | Mingguan 3933 | Bulanan 28000 | Semua 4482388

Dasar Privasi

MYHRMIS MOBILE