Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009 bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].
Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-
| YAA Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh Ketua Hakim Negara, Malaysia |
| 1 | YAA Dato' Abu Bakar bin Jais Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia |
| 2 | YAA Tan Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim Hakim Besar Malaya |
| 3 | YAA Datuk Hajjah Azizah binti Haji Nawawi Hakim Besar Sabah dan Sarawak |
| 4 | Hakim Mahkamah Persekutuan; |
| 5 | YBhg. Tan Sri Dato' Sri Idrus bin Harun; Mantan Peguam Negara Malaysia; |
| 6 | YBhg. Tan Sri Datuk Zainun binti Alir Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan |
| 7 | YBhg. Dato' Sri Talat Mahmood bin Abdul Rashid Mantan Peguam Besar Sarawak |
| 8 | YBrs. Profesor Dr. Hartini binti Saripan Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara |
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Perlembagaan Persekutuan
Ya. Pegawai Kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman melalui ejc.jac.gov.my;dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.
Pegawai Perundangan dan kehakiman serta pengamal undang-undang boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman secara online di pautan ejc.jac.gov.my.
Permohonan tersebut hendaklah dibuat semula sekiranya tiada jawapan yang diterima dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan dibuat.