Kursus “Writing Better Judgments 1/2024” telah diadakan pada 16-18 Mei 2024 (Khamis-Sabtu) di Hotel Marriott, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk mencapai 5C dalam penulisan alasan penghakiman yang jelas (Clear), ringkas (Concise), menyeluruh (Comprehensive), koheren (Coherent) dan meyakinkan (Convincing).
Kursus selama tiga hari ini terbahagi kepada 13 sesi yang terdiri daripada sesi “The Road to Judgment”, “Issues Based Approach to Judgment Writing: The Conceptual Framework”, “Finding the Judicial Voice in the Uncertainty of Language”, “The First Page and Creating Headings”, “First Breakout Group Session: Individual Feedback Session and Exercise on Re-writing the First Page and Creating Headings”, “The Structural Construct of an Issues Based Judgment”, “Issues Based Approach Judgment Writing in Criminal Cases”, “Challenges of Judgment Writing”, “The Judge”, “Second Breakout Group Session: Workshop – Review of the Re-written First Page and List of Headings”, “Managing Procrastination and Competing Priorities”, “Practical Issue Identification”, dan “Third Breakout Group Session: Workshop – Review of The Re-written Submitted Judgment”.
Setiap peserta diberi tugasan untuk menulis semula sampel alasan penghakiman berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah disarankan dalam kursus ini dan seterusnya mengemukakan alasan penghakiman berkenaan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan masing-masing. Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima orang ahli bagi setiap kumpulan. Semua peserta setiap kumpulan telah dibimbing oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.
Seramai 17 orang peserta yang kesemuanya adalah Pesuruhjaya Kehakiman telah menghadiri kursus ini. Barisan fasilitator kursus ini ialah YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Zabariah binti Mohd. Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Latihan, Akademi Kehakiman Malaysia; YA Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Nordin bin Hassan, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Dato’ Abu Bakar bin Jais, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Hanipah binti Farikullah, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Persekutuan; YA Datuk Seri Kamaludin bin Md Said, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Lee Swee Seng, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Che Mohd Ruzima bin Ghazali, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Datuk See Mee Chun, Hakim Mahkamah Rayuan; YA Dato’ Hashim bin Hamzah, Hakim Mahkamah Rayuan; dan YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah, Hakim Mahkamah Rayuan.