YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melantik mantan Peguam Negara YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus Harun; mantan Hakim Mahkamah Persekutuan YBhg. Tan Sri Datuk Zainun Ali; Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) YBhg. Profesor Dr. Hartini Saripan bagi penggal yang kedua dan mantan Peguam Besar Negeri Sabah YBhg. Datuk Mariati Robert sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695]. Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 November 2026 hingga 31 Oktober 2028.
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan serta sumbangan YBhg. Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid sepanjang tempoh beliau menjadi anggota Suruhanjaya ini.
Pejabat Setiausaha
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
1 November 2026